JKR perlu lukisan terbina MACA

26 Apr 2023 • 7:24 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Tinjauan di lokasi kejadian tanah runtuh di hadapan Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) di Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin, pada Rabu. - Foto Bernama (Gambar kecil: Alexander)

SHAH ALAM - Jabatan Kerja Raya meminta pihak pemilik bangunan Akademi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) menyerahkan lukisan terbina (As-built Drawing) struktur tembok penahan sedia ada.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, lukisan itu diperlukan bagi membuat semakan lanjut terhadap struktur tembok penahan berkenaan.

Beliau turut memaklumkan, kerja-kerja pembersihan tapak akan bermula petang ini melalui kontraktor yang dilantik.

"Selain itu, kerja-kerja pemasangan 'tarpaulin sheet' di kawasan cerun runtuh bagi mengelakkan resapan air hujan terus ke tanah.

"Kerja-kerja pemasangan 'tilt sensor' bagi memantau pergerakan tanah di kawasan tersebut pula dijangka akan dipasang bermula esok," katanya menerusi ciapan Twitter Kementerian Kerja Raya.

Sebelum itu, menerusi kenyataan di Facebook, Alexander berkata, runtuhan cerun di MACA berpunca akibat paip pecah.

Ujarnya, punca kejadian itu diketahui hasil siasatan awal Bahagian Forensik Tanah Runtuh Cawangan Kejuruteraan Cerun, Jabatan Kerja Raya (JKR).

"Kebocoran paip mengakibatkan tanah mengalami ketepuan tinggi, seterusnya meningkatkan tolakan mendatar (lateral force) kepada tembok penahan," ujarnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved