
JABATAN Kerja Raya (JKR) merancang untuk meletakkan tanda lalu lintas di sekitar empat bulatan trafik di Kota Belud dan sedang memantau pergerakan kenderaan sekitar bahagian jalan utama di Telipok yang telah dilebarkan sebagai sebahagian daripada projek Pan Borneo.
Tindakan ini dilakukan sebagai maklum balas berhubung kemungkinan pemandu bertembung sesama sendiri di bulatan trafik di pekan Kota Belud, selain impak negatif daripada projek Pan Borneo yang sedang dijalankan ke atas beberapa pemilik perniagaan di Telipok.
Penduduk Kota Belud dan Telipok, yang menghubungi Hotline, berharap Jabatan tersebut akan meningkatkan usahanya dalam menjaga keselamatan pemandu dan kebajikan orang ramai di kawasan-kawasan ini. JABATAN akan mengecat ‘garis putih’ di permukaan jalan dekat bulatan seperti ini berhampiran Kg Baru.
Kebimbangan mereka dikemukakan secara berasingan kepada agensi tersebut.
SPONSORED CONTENT Sabah International Convention Centre’s Big Sabah Sale a big hit Kota Kinabalu: The Sabah International Convention Centre’s (SICC) Big Sabah Sale which concluded on Sunday saw a good response with about 20,000 visitors during the three-day extravaganza. . Read more Pemeriksaan tapak telah dibuat di kawasan-kawasan terjejas, sejurus selepas JKR mengetahui tentang masalah yang mereka hadapi.
Seorang jurucakap Jabatan itu berkata pemeriksaan rekod mereka mendapati yang bulatan trafik di pusat pekan dan berhampiran Kg Baru, selain berdekatan masjid daerah dan padang pekan – berada di bawah bidang kuasa mereka.
Katanya, kakitangan agensi tersebut telah memantau aliran lalu lintas sekitar aset-aset ini di Jalan Pekan Kota Belud, Jalan Hasbollah, Jalan Masjid dan Jalan Kota Belud-Ranau sejurus mereka dihubungi oleh media. KESESAKAN teruk, seperti ini di Telipok, sudah berlaku sejak beberapa bulan kebelakangan ini disebabkan kerja Pan Borneo.
“Kami berhasrat mengecat penanda jalan untuk menunjukkan keluasan lorong di bulatan-bulatan tersebut,” katanya.
“Papan tanda juga akan dipasang untuk mengingatkan pemandu berhubung peraturan yang perlu dipatuhi di kawasan-kawasan ini.
Katanya, agensi tersebut akan cuba memberi keutamaan untuk melakukannya secepat yang boleh.
“Kami meletakkan rancangan untuk penambah baikan bualatan trafik ini dalam senarai cadangan kerja yang akan dilaksanakan pada 2024.”
BERT dari Kota Belud berkata ramai pengguna jalan raya cenderung melalui bulatan tanpa mengambil kira pergerakan kenderaan lain di laluan mereka terlebih dahulu.
“Mereka tidak berhenti, untuk melihat kiri dan kanan, sebelum memasuki lorong yang mengelilingi bulatan,” katanya.
“Kecuaian mereka mencipta potensi bahaya kepada pengguna jalan raya yang lain.”
Dia menggesa pihak berkuasa tempatan agar mengambil langkah mengurangkan bahaya ini dan melaksanakan langkah-langkah keselamatan bagi mengelak kemungkinan nahas dari berlaku.
“Mereka patut cat garisan putih di atas permukaan jalan dan menimbangkan untuk memasang isyarat ‘Awas, bulatan di hadapan dan ‘Beri Jalan’ di ambang kawasan-kawasan ini.”
Berkenaan projek Pan Borneo di Telipok pula, seorang jurucakap berkata JKR berusaha untuk mengurangkan ketidak selesaan yang timbul disebabkan kerja-kerja pembinaan jalan tersebut.
“Di banyak kawasan, enam lorong disediakan untuk digunakan pemandu bagi meredakan kesesakan di bahagian ini di Jalan Tuaran,” katanya.
“Kesesakan yang sebelumnya berlaku di kawasan Tebobon semakin pulih.”
Jurucakap itu menjelaskan bahagian lebuhraya Pan Borneo, yang melibatkan ibu negeri, disambung dari Berungis sehinggalah kawasan Ketiau di Putatan.
“Kami pada awalnya berharap untuk menyelesaikan menurap laluan ini, dari satu penghujung ke satu lagi penghujung, sebelum akhir tahun.
“Tetapi disebabkan banyak kemudahan awam – terutama sekali talian penghantaran elektrik – masih belum dialihkan, kami terpaksa meminda tarikh bakal siap projek ini kepada awal 2025.” TERLALU banyak lencongan dan sekatan lorong menghalang ramai pelanggan daripada mengunjungi banyak kedai di Telipok.
REGEA dari Telipok berkata perniagaan antara Tebobon dan bulatan Tuaran, terjejas teruk disebabkan kerja-kerja Pan Borneo, dengan banyak yang telah ditutup atau dilelong.
Dia beranggapan ini disebabkan beberapa pengalihan, penghadang lorong ke kelompok perniagaan mahu pun gangguan lalu lintas lain berhubung projek itu, yang dilihat membuatkan ramai pelanggan keberatan untuk datang ke premis-premis ini.
“Situasi sukar ini telah berlanjutan selama lebih empat atau lima tahun,” katanya. “Mangsa-mangsa yang tidak bersalah ialah pemilik perniagaan dan pengguna jalan raya.”
Katanya, pengguna jalan raya yang bekerja di Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP), termasuklah pekerja di dua kilang antarabangsa terkenal, selain pelajar dari tiga sekolah dan politeknik.
“Bolehkah anda bayangkan, bahkan ambulan dari Hospital Tuaran ikut bergelut dalam masalah lalu lintas?”
Walaupun pertanyaan berulang kali telah diajukan kepada JKR berhubung bila kerja-kerja di lebih raya akan selesai, Regea berkata respon daripada pihak berkuasa itu amat mudah diramal: “Tolong bertenang, tolong bersabar.”
“JKR patut dinilai oleh pengguna jalan raya dan pemilik perniagaan untuk kajian prestasi yang jujur dan realistik.
“Selepas itu, barulah kakitangannya akan melakukan yang terbaik dan benar-benar mencemrminkan keberkesanan mereka melakukan tugas. Apa-apa selain itu, ia boleh dianggap bersikap sambil lewa.”
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
