Rumah, kenderaan hangus

18 May 2019 • 9:20 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

KUALA LIPIS - Sebuah rumah hangus dalam kebakaran di Jalan Durian 2, Sungai Koyan 2 petang tadi.

Kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu turut sebuah kereta dan lori turut musnah dijilat api.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pahang, Anuar Hassan berkata, seramai 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Lipis dan anggota bantuan dari Raub bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan.

image is not available
Anggota bomba ketika melakukan kerja-kerja memadam kebakaran.

"Sebaik sahaja tiba kita dapati rumah separuh kekal telah terbakar 100 peratus. Terdapat seorang lelaki dewasa yang cedera di bahagian kaki dan dihantar ke klinik untuk rawatan.

"Api berjaya dipadam sepenuhnya pada jam 7.30 malam ini. Punca kejadian dan jumlah kerugian dalam siasatan," katanya dalam satu kenyataan di sini.

image is not available
Lori yang turut hangus dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang.