JMS 2025: 3 Lexus LS Concept Didedah

Cars
3 Nov 2025 • 2:30 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Lexus juga tidak ketinggalan daripada mempamerkan tiga kereta konsepnya, LS pada pameran Japan Mobility Show (JMS) 2025 yang diadakan di Jepun, baru-baru ini

Ketiga-tiga kereta konsep LS itu membawakan visi tersendiri tentang bagaimana nama LS boleh diolah semula sama ada dalam masa terdekat atau jangka panjang.

image is not availableimage is not available

Bermula dengan kereta konsep LS, MPV enam roda ini dilihat menawarkan kabin yang cukup selesa namun ukuran dimensinya tidak didedahkan.

image is not available

Sebaliknya, saiznya yang panjang sudah jelas menunjukkan MPV ini hadir dengan tiga barisan tempat duduk manakala bahagian kabinnya dilengkapi dengan kemasan mewah dan moden.

image is not availableimage is not available

Malah, tempat duduknya yang kelihatan seolah-olah kelas Business dalam pesawat, lengkap dengan tingkap sisi jenis berjalur manakala bahagian pemandu pula menggunakan stereng gaya ‘yoke’ dan dua skrin digital

Lexus mendakwa bahawa MPV mewah ini akan menjadi bentuk mobiliti mewah masa depan, menggantikan kereta konsep sedan. Malah, ada yang menyatakan bahawa ‘LS’ kini tidak lagi bermaksud “Luxury Sedan”,sebaliknya “Luxury Space”.

image is not available

Selain MPV enam roda itu, Lexus menayangkan LS Coupe Concept yang lebih konvensional. Model ini menggambarkan masa depan di mana LS berevolusi menjadi coupe crossover mewah dengan rekaan yang cukup berani.

Model ini hadir dengan ruang belakang yang agak pelik selain stereng gaya yoke, ada dua skrin digital dan skrin besar untuk penumpang hadapan.

image is not availableimage is not available

Sementara itu, model ketiga adalah LS Micro Concept dimana LS bermaksud “Luxury Space”. Walaupun hanya menempatkan satu penumpang, kereta konsep ini mengekalkan tahap kemewahan dan teknologi tinggi yang sama seperti mana dua kereta konsep di atas.

image is not availableimage is not available

Antara ciri yang menarik ialah rekaan kabinnya berbentuk kotak permata, menggunakan kayu mewah namun ia tidak mempunyai stereng dan pedal. Ini menunjukkkan ia adalah kenderaan autonomi sepenuhnya.

Apa pula pandangan anda mengenai rekaan Lexus LS Concept ini?