“JNK1 Is Coming!” – Jennie BLACKPINK Dilapor Akan Comeback Dengan Album Solo Baru Jun Ini

Music
31 Mar 2024 • 11:26 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Jennie dikatakan sedang melakukan persiapan untuk mengeluarkan album terbarunya.

Menurut laporan media pada 31 Mac, Jennie dikatakan bakal melakukan kemunculan semula dengan album baru pada Jun ini.

Ahli BLACKPINK itu dikatakan sedang fokus dengan persiapan album barunya dan merancang aktiviti promosi solo yang akan dilakukannya bersama-sama dengan keluaran album tersebut.

Namun, sehingga kini agensi Jennie iaitu Odd Atelier masih lagi belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi bagi mengesahkan laporan tersebut.

Sementara itu, Jennie telah membuat kemunculan solo buat pertama kali dengan lagu “Solo” pada November 2018. 5 tahun selepas itu, dia kemudiannya telah mengeluarkan lagu solo istimewa, “You & Me” pada Oktober 2023.

Dalam masa yang sama, kemunculan solonya pada kali ini akan menjadi karya muzik pertamanya selepas dia menubuhkan syarikat peribadinya, OA (Odd Atelier), yang telah dilancarkan pada Disember tahun lalu.

Tak sabarnya!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved