Mingguan Amanz : Xiaomi Dengan Tiga Note Baru, Google Meet Percuma

TechnologyDigital
3 May 2020 • 4:57 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Minggu ini menyaksikan Xiaomi memperkenalkan tiga telefon pintar baru dibawah siri “Note”, iaitu Redmi Note 9, Redmi Note 9 Pro, dan juga Mi Note 10 Lite. Ketiga-tiga telefon pintar ini akan hadir ke pasaran tempatan seawal pertengahan Mei 2020 ini.

Realme pada minggu ini telah melancarkan Realme 6 dengan 8GB RAM pada harga RM1199, selain turut mengacah kehadiran Realme 6 Pro tidak lama lagi. Black Shark pada minggu ini telah mengumumkan telefon pintar permua mereka untuk pasaran tempatan, Black Shark 3 pada harga RM2799.

Google pula kini telah mengatakan bakal menawarkan Google Meet untuk semua pengguna secara percuma, sekaligus memudahkan semua pengguna memulakan persidangan video sendiri. Dalam arena cip pemprosesan, Intel telah menawarkan cip Intel Core Gen-10 dengan keupayaan lewahjam melangkaui 5Ghz untuk desktop. MediaTek turut tidak ketinggalan dan telah memperkenalkan MediaTek G85 memfokuskan telefon permua.

DJI pada minggu ini telah memperkenalkan dron terbaru mereka, DJI Mavic Air 2 yang hadir dengan kamera lebih berkuasa, serta masa penerbangan lebih lama. Akhir sekali, Facebook kini mengumumkan keluarga aplikasi mereka mencapai hampir 3 bilion pengguna aktif setiap bulan.