
Joaquin Phoenix Kembali Sebagai The Joker
Penulis dan pengarah filem Todd Philips mendedahkan Joaquin Phoenix akan kembali sebagai Joker pada sekuel akan datang selepas tiga tahun watak itu ‘berehat’ dari layar perak, lapor Uniland.
Phoenix bakal kembali sebagai penjahat dalam sekuel Joker: Folie A Deux yang bakal ditayangkan pada 2024 kelak, selain dikatakan akan bergandingan dengan muka baharu iaitu penyanyi terkenal Lady Gaga.
Philips bagaimanapun belum mendedahkan butiran lanjut mengenai sekuel berkenaan, namun dia memberi klu kepada penonton supaya melihat kembali watak Pheonix menerusi satu hantaran di Instagram miliknya semalam.
Dalam hantaran itu, Philips berkongsi gambar menunjukkan pelakon itu dalam keadaan kurus dan tidak berdaya ketika bersandar di kerusi, dalam keadaan tidak berbaju dengan buih pencukur menutupi mukanya.

Dalam gambar itu juga, turut ada seorang lelaki tidak dikenali memegang kepala Joker serta pisau cukur untuk mencukur jambang di lehernya beserta kapsyen ‘Hari 1: lelaki kami #joker’.
Dalam sekuel tersebut, difahamkan Gaga akan diberi watak ikonik Harley Quinn yang digambarkan sebagai rakan sejenayah dan kekasih Joker.
Difahamkan, pasangan itu dijangka akan bertemu di Arkham Asylum dan berpotensi menyelaraskan plot yang sedia ada mengenai pertemuan Quinn dan Joker dalam sekuel berkenaan.
Selain Gaga, turut serta bersama ialah barisan pelakon Zazie Beetz, Brendan Gleeson dan Catherine Kenner.
Sumber: Uniland
The post Joaquin Phoenix Kembali Sebagai The Joker, Sekuel Ditayang 2024 appeared first on Siakap Keli.

