JobCare tawar 10,000 peluang kerja, jelajah sembilan daerah mulai Julai

9 Jun 2023 • 9:00 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 9 JUN: Jelajah Jaminan Kerja (JobCare) Selangor yang menawarkan lebih 10,000 peluang pekerjaan bakal menjelajah ke sembilan daerah mulai Julai.

EXCO pemberdayaan pekerja berkata program Unit Pemberdayaan Pekerja Selangor (UPPS) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) itu melibatkan hampir 200 syarikat pelbagai sektor.

“Kita jangkakan sebagai permulaan karnival ini akan menjelajah sama ada di daerah Klang atau Hulu Selangor. Kita akan maklumkan dalam masa terdekat.

“Rakyat Selangor terutamanya yang sedang mencari kerja dipelawa untuk hadir ke karnival ini yang dijangka bermula bulan depan,” kata V Ganabatirau.

image is not available
EXCO Kebajikan Masyarakat V Ganabatirau (tengah) bergambar bersama pada majlis penyerahan bantuan subsidi tambang bas SJK(T) Selangor 2023 di Foyer Bangunan SUK, Shah Alam pada 8 Jun 2023.Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas program penyerahan sumbangan subsidi tambang bas sekolah di foyer bangunan pentadbiran negeri di sini, semalam.

Jelajah JobCare adalah inisiatif Kerajaan Selangor bagi membantu golongan berkemahiran rendah, sederhana dan tinggi yang hilang pendapatan akibat pandemik memperoleh pekerjaan.

image is not available
Peserta menghadiri temuduga program Jelajah Jobcare Selangor di Dewan Taman Gemilang Dengkil, Sepang pada 14 Mei 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI