Jobe Bellingham ikut jejak Jude ke Borussia Dortmund

Football
10 Jun 2025 • 10:19 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Jobe Bellingham

PEMAIN tengah Sunderland, Jobe Bellingham secara rasmi menyertai gergasi Bundesliga Jerman, Borussia Dortmund sekali gus mengikut jejak langkah abangnya, Jude yang sebelum ini pernah menyarung jersi kelab itu.

Pengumuman ini dibuat kedua-dua kelab pada Selasa, namun butiran kewangan mengenai perpindahan ini tidak didedahkan secara rasmi kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) yang baru dinaikkan pangkat berkenaan.

Namun, laporan media Britain menyatakan bahawa Dortmund dijangka membayar yuran awal €33 juta Euro untuk Jobe, juga membolehkan bintang muda itu turut beraksi dalam Piala Dunia Kelab pada bulan ini.

Sementara itu, Dortmund memaklumkan bahawa pemain England Bawah 21 Tahun tersebut menandatangani kontrak selama lima tahun.

Yuran yang dilaporkan itu menjadikan Jobe, 19 tahun, sebagai pembelian kedua termahal Dortmund selepas mendapatkan khidmat Ousmane Dembele dengan nilai €35 juta Euro pada 2016.

Jobe meninggalkan Sunderland selepas mengharungi dua musim yang cemerlang dengan musim terakhirnya bersama kelab tersebut menyaksikan Black Cats menamatkan saingan Liga Kejuaraan di tangga keempat.

Sunderland meraih promosi ke EPL setelah menewaskan Sheffield United dalam perlawanan akhir play-off.

“Sudah tiba masanya untuk saya ucapkan selamat tinggal kepada semua penyokong setia Sunderland, yang telah menguatkan semangat saya selama dua tahun yang luar biasa dalam jersi merah dan putih.

“Sokongan anda, dalam banyak kesempatan, benar-benar membuat saya terpukau, terutamanya di saat-saat sukar, yang kami harungi bersama,” ujar Jobe.

Abang Jobe, Jude sebelum ini pernah beraksi cemerlang bersama Dortmund selama tiga musim sebelum membuat perpindahan bernilai €103 juta Euro ke Real Madrid.

Di Madrid, pemain England itu berjaya merangkul gelaran La Liga dan Liga Juara-Juara dalam musim pertamanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved