“Jodoh Dalam Bas,” Pengantin Pilih ‘Pacak’ Pelamin Dalam Bas, Raikan Hari Bahagia

24 Aug 2023 • 9:49 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

image is not available

“Jodoh Dalam Bas,” Pengantin Pilih ‘Pacak’ Pelamin Dalam Bas, Raikan Hari Bahagia

Apabila cinta bersatu, pengantin semestinya akan meraikan hari bahagia dengan mengadakan majlis perkahwinan, menjemput saudara dan rakan-rakan menyaksikan hari bersejarah dalam hidup itu.

Majlis perkahwinan dilakukan mengikut bajet dan ia terpulang kepada pengantin bagaimana mereka mahu hari bahagia itu diraikan.

Pemilihan tema semestinya menjadi pilihan penting kerana ia turut mempengaruhi hiasan bunga, meja makan dan sebagainya. Antara tema tersebut ialah tema klasik, moden, vintaj dan lain-lain.

Bagaimanapun, terdapat satu rakaman yang memaparkan majlis perkahwinan diadakan dalam bas Rapid Kuala Lumpur (KL), yang jarang-jarang dilihat berlaku di negara kita.

Pemuat naik video mr.supir yang juga dipercayai pengantin dalam video tersebut berkongsi kepada orang ramai berkenaan dengan majlis perkahwinan ‘rare’ miliknya.

Lelaki tersebut telah mengikat ikatan sah bersama gadis pilihannya pada 6 Jun 2015 dan kini pasangan tersebut telah dikurniakan sepasang cahaya mata.

Majlis perkahwinan diinspirasi dari kisah pertemuan

image is not available
Kredit: mr.supir/TikTok

Mengimbas kembali detik-detik pertemuan, lelaki tersebut mengambil keputusan untuk menjadikan kisah itu sebagai inspirasi tema majlis perkahwinannya.

Tidak seperti yang lain yang meletakkan pelamin di dalam dewan, lelaki tersebut menghiasi bas itu dengan bunga, menukarkan pengangkutan biasa menjadi luar biasa.

image is not available
Kredit: mr.supir/TikTok

Pelamin dan bunga diletakkan di dalam bas selain kain rentang yang digunakan untuk menambah seri bas tersebut.

Kemudian, di bahagian luar pula bunga manggar dan bunga pahar diletakkan berdekatan dengan pintu bas, sebagai penyeri buat mereka yang mahu memberi kehormatan kepada pengantin.

image is not available
Kredit: mr.supir/TikTok

Semasa persepsi perkahwinan berlangsung, tetamu yang hadir mula menaiki bas untuk berjumpa dengan pengantin yang berada di pelamin.

Setelah itu, pengantin berarak keluar bersama pengapit, berjalan di atas karpet merah untuk sesi makan beradab bersama seisi keluarga dan tetamu yang hadir.

image is not available

Sesi bergambar juga turut diadakan di hadapan bas berdekatan dengan pintu masuk bas tersebut.

Video bergambar itu kemudiannya mendapat pelbagai reaksi dari orang ramai susulan ia adalah perkara yang jarang dilakukan oleh pengantin.

image is not available

Rata-rata warga maya kagum dengan kreativiti yang tunjukkan malah ada yang mengatakan pemilihan tempat untuk mengadakan majlis itu adalah pilihan yang luar biasa.

 

Sumber: mr.supir/TikTok