Joe Biden Tersandung Di Majlis Graduasi Tentera Udara

2 Jun 2023 • 6:50 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Seorang pegawai Tentera Udara dan dua ejen Perkhidmatan Rahsia segera mendapatkan presiden dan membantunya berdiri. - Gambar AFP

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden terjatuh di pentas majlis graduasi di Akademi Tentera Udara AS di Colorado pada Jumaat, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Biden cuba kembali ke tempat duduknya ketika upacara hampir berakhir sebelum tersandung objek berupa karung berisi pasir.

Seorang pegawai Tentera Udara dan dua ejen Perkhidmatan Rahsia segera mendapatkan presiden dan membantunya berdiri.

Setiausaha akhbar Rumah Putih, Karine Jean-Pierre, kemudian memberitahu wartawan bahawa presiden itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan tersenyum lebar ketika menaiki Air Force One.

Sebelum ini, Biden pernah tersandung semasa menaiki tangga lapangan terbang semasa menaiki Air Force One, beberapa bulan selepas dilantik sebagai presiden pada 2021 dan sekali lagi semasa berlepas dari Warsaw awal tahun ini. 

Bekas presiden Donald Trump, 76, cuba menjadikan umur Biden sebagai isu kempen 2024. - Bernama/dpa

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved