Joelinton yakinkan Neymar sertai The Magpies

Football
1 Jul 2022 • 11:40 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

PENYERANG Newcastle United dari Brazil, Joelinton yakin berjaya meyakinkan rakan sepasukannya, Neymar untuk menyertai skuad The Magpies itu bagi mengharungi saingan baharu Liga Perdana Inggeris (EPL), kelak.

Menurut Joelinton, kehadiran penyerang Paris Saint-Germain (PSG), itu dilihat bakal membantu memperkuatkan lagi The Magpies bagi mengharungi cabaran getir bagi musim baharu EPL.

Malah katanya, jersi nombor 10 sedia menanti rakan senegaranya, Neymar di Saint James Park sekiranya pemain berkenaan memilih untuk beraksi di Liga Perdana Inggeris (EPL), kelak.

“Bagi saya Neymar merupakan pemain yang menjadi idola di seluruh dunia. Namanya juga merupakan ‘nama besar’ dalam arena bola sepak ketika ini.

“Oleh itu, kami berbesar hati ‘menjemputnya’ untuk beraksi di Saint James Park, sekali gus membantu kelab ini melakar lebih banyak kejayaan.

“Oleh itu, Neymar..jika anda mengetahui perkara ini, anda ‘dipersilakan’ untuk hadir ke sini dengan segera,” katanya.

Untuk rekod, khidmat Neymar dikatakan sudah tidak diperlukan lagi oleh PSG di Le Parc des Princes bagi mengharungi saingan musim depan.

Biarpun masih tiada sebarang kata putus berhubung perkara berkenaan, namun Neymar sudah dikaitkan dengan perpindahan ke beberapa kelab terkemuka dan terbaru, Newcastle.

Sementara itu Joelinton berkata, dia bakal berjumpa dengan seorang lagi pemain Brazil, Bruno Guimaraes yang menyertai Newcastle pada Januari untuk bergelar ejen bebas bagi membolehkan kehadiran Neymar kelak.

“Saya sudah pun membincangkan perkara ini dengan Bruno dan dia sememangnya memiliki akses untuk berhubung dengan Neymar.

“Jika semua perkara berjalan lancar, saya rasa tidak ada masalah untuk menyaksikan Neymar beraksi di EPL musim panas nanti,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved