Jofliam Jawab Tuduhan Tiada Suntikan Typhoid, Tayang Bukti Lengkap

LocalFood
25 Apr 2025 • 3:10 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
jofliam

Usahawan pizza, Jofliam tampil menunjukkan bukti lengkap seperti sijil pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan suntikan typhoid untuk menghentikan sangkaan jahat orang ramai terhadapnya.

Dalam satu hantaran di Instagram Story, Jofliam turut menyertakan sijil kursus pengendalian makanan yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) beserta kad vaksinasi typhoid yang dibuat pada tahun 2023.

Jofliam tunjuk bukti

Jelasnya, semua dokumen lengkap diperlukan untuk kelulusan perlesenan dan perniagaannya dikatakan beroperasi secara berlesen di unit yang dinyatakan.

image is not available

Lebih memburukkan keadaan, Jofliam mendedahkan bahawa terdapat banyak laporan palsu yang bukan sahaja menyusahkan dirinya, malah turut menyulitkan pihak jabatan yang terlibat.

Jadi tuduhan terhadap saya tiada typhoid sangat tak berasas. Saya terpaksa bersuara kerana banyak laporan palsu yang menyusahkan jabatan-jabatan.

“Saya percaya kenyataan saya akan di twist lagi”

image is not available

Beliau juga mengakui sudah lali dengan spekulasi dan ‘twist’ yang mungkin akan berlaku terhadap kenyataan yang dikeluarkan, namun beliau tetap percaya dengan prinsip ketelusan.

Saya percaya statement saya akan di twist lagi. Tapi itu lah harga seorang Jofliam.

Dalam masa sama, beliau turut berkongsi bahawa minggu hadapan, dia akan berjumpa dengan wakil pihak MP Ampang Jaya untuk berbincang penambahbaikan dari segi kaedah operasi perniagaannya demi masa depan yang lebih sistematik.

Pssttt! Dalam industri makanan ni, isu kesihatan dan lesen bukan main-main. Jadi bila ada pihak tampil beri bukti, kita kena hormat dan ambil iktibar untuk pastikan semua pihak ikut undang-undang yang betul.

Kredit: Instagram Jofliam
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

The post

appeared first on

.