Jofliam Nafi Bersekedudukan Dengan Dewi

LocalEntertainment
14 Jan 2025 • 11:00 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
jofliam

Usahawan terkenal dan pempengaruh media sosial, Jofliam, tampil memberi penjelasan berhubung dakwaan yang tular di Telegram sejak semalam. Spekulasi panas itu mendakwa dia bersekedudukan dengan Dewi.

Namun, Jofliam melalui Instagram Story menegaskan bahawa dakwaan tersebut adalah tidak benar dan segala spekulasi itu hanyalah salah faham.

“Dewi selalu datang, tapi…”- Jofliam.

Jofliam menjelaskan bahawa Dewi, atau nama penuhnya Emira Delyati Dewi, sering datang ke rumahnya atas urusan kerja. Malah, kehadiran Dewi sentiasa ditemani oleh pembantu rumah.

Ya, Dewi selalu datang. Tapi tidak pernah tidur di rumah saya atau bersekedudukan. Pembantu rumah pun ada. Datang pun bila waktu nak bekerja.- Jelas Jofliam.

Dia juga menegaskan tiada istilah curang dalam situasi ini memandangkan dia dan bekas isterinya, Cik Epal sudahpun sah bercerai. Hubungan bersama Dewi juga berlaku selepas dia bercerai.

image is not available

Jofliam bakal ambil tindakan undang-undang…

Dalam pada itu, Jofliam turut mempersoalkan individu yang menyebarkan gambar-gambar mereka berdua bersama anak-anak serta mesej perbualan WhatsApp di dalam Telegram.

Kemelut antara Jofliam dan bekas isterinya, Cik Epal, nampaknya masih berlanjutan walaupun masing-masing sering menegaskan mahu move on. Kedua-duanya dilihat saling berbalas kenyataan, namun terus berjanji untuk menjadi ibu bapa terbaik buat anak-anak mereka.

#OhmediaNasihat

Dalam situasi seperti ini, penting untuk kita tidak mudah percaya dengan spekulasi yang tular di media sosial tanpa usul periksa. Sentiasa berikan ruang kepada individu terbabit untuk menjelaskan perkara sebenar. Ingat, fitnah bukan sahaja memusnahkan hubungan, malah reputasi seseorang.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Instagram