Johan enggan ulas, serahkan kepada pihak pengurusan untuk jawab isu KJ

LocalPolitics
11 Sep 2024 • 8:27 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Penyampai radio, Johan, atau nama sebenar, Mohd Yazid Lim Mohamad Aziz, enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan rakan setugasnya, Khairy Jamaluddin, yang didakwa menyindir Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menerusi segmen pagi stesen radio swasta itu.

Khairy ketika itu menggunakan ungkapan yang sering dikaitkan dengan Anwar sekiranya dia memenangi undian dalam dalam pencalonan anugerah popular.

“Saudara-saudara. Kalau menang hari ini, esok kita makan ramai-ramai” kata Khairy dalam video yang tular di media sosial sejak kelmarin.

Bagi Johan, persoalan mengenai kontroversi itu perlu diajukan kepada pihak pengurusan kerana dia hanya bertugas sebagai penyampai radio untuk menghiburkan pendengar sahaja.

“Saya serahkan kepada pihak pengurusan, biar mereka jawab,” katanya.

Dari sudut karier, Johan menganggap insiden itu sebagai satu teguran dari Yang Maha Kuasa agar dia tidak berasa terlalu selesa dengan pekerjaan yang dilakukan, meskipun sudah biasa menghadapi perkara sebegini semenjak masuk ke industri hiburan.

Sumber: MalaysiaKini