Johan Setia, Cheras dan Putrajaya catat IPU tidak sihat

LocalEnvironment
13 Aug 2026 • 8:46 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Johan Setia, Cheras dan Putrajaya catat IPU tidak sihat

SHAH ALAM, 13 OGOS: Johan Setia, Cheras dan Putrajaya merekodkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada paras tidak sihat, masing-masing dengan bacaan 153, 127 dan 104 setakat 8.25 pagi ini.

Berdasarkan data portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS), Johan Setia merupakan satu-satunya lokasi di Selangor yang tersenarai dalam 10 kawasan dengan bacaan IPU tertinggi.

Samarahan dan IPD Serian di Sarawak merekodkan bacaan IPU tertinggi iaitu 183.

Beberapa kawasan lain di Sarawak turut mencatat paras tidak sihat iaitu Kuching (177), Sri Aman (159), Sarikei (158), manakala Mukah dan Sibu masing-masing merekodkan bacaan 152.

Sementara itu, 56 kawasan di seluruh negara merekodkan IPU pada tahap sederhana antara 51 hingga 100, manakala dua kawasan mencatat kualiti udara baik dengan bacaan di bawah 50.

Mengikut kategori IPU, bacaan antara 0 hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat, manakala bacaan melebihi 300 dikategorikan berbahaya.

Data IPU dikemas kini setiap jam berdasarkan bacaan daripada 68 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved