Johan syampu kepala di barber shop, sembang guna bahasa Arab curi perhatian

20 Jun 2024 • 12:00 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelawak, Johan syampu kepala di barber shop selepas berpenampilan botak ditemani isteri, Ozlynn nampaknya sudahpun bergelar haji dan hajah seusai menyelesaikan rukun haji terakhir iaitu bermalam di Mina serta melontar jamrah.

Pergi cuci kepala lepas bertahalul

Dalam video yang dikongsi di Instagram, Johan terlihat ceria dengan kepala botak selepas bertahalul dengan pergi ke kedai gunting rambut untuk membasuh kepala.

image is not available

Johan syampu kepala, borak dengan tukang cuci rambut

Apa yang menarik perhatian adalah perbualan Johan atau nama sebenarnya, Mohd Yazid Lim Mohamad Aziz, 40 dalam bahasa Arab walaupun diselang-selang dengan penggunaan bahasa Inggeris.

image is not available

Johan syampu kepala, borak dengan barber dari Tunisia macam dah kenal lama

Menerusi perbualan yang dirakam isterinya, Johan memaklumkan yang individu yang mencuci rambutnya dikenali sebagai Bilal berasal dari Tunisia dan menerap lebih 20 tahun di Tanah Suci.

Dia juga sudah berkeluarga dan mempunyai dua orang cahaya mata perempuan.

image is not available

Nampak macam gila2, tapi ilmu banyak

Perkongsian tersebut tuntu sahaja mendapat respon yang pelbagai daripada warganet yang rata-rata tertarik dengan keramahan penyampai radio Hot FM berkenaan.

Walaupun tidak menggunakan bahasa Arab yang tepat, namun usahanya dalam berbual menggunakan bahasa Arab mendapat pujian.

image is not available

Humble je padahal kelebihan banyak

image is not available

 

Guna bahasa Arab al-Quran, tu yang ada muannas muzakkar

 

image is not available

Semoga haji mabrur Johan & isteri

image is not available

Terdahulu, Johan dan isteri telah berangkat ke Tanah Suci apabila mendapat peluang bersama 11 lagi pengamal media untuk membuat liputan di sana serta menunaikan fardu haji.

Difahamkan, mereka semua dijemput khas oleh Kementerian Media Arab Saudi bagi mengerjakan rukun Islam kelima itu pada musim haji tahun 1445H ini.

Sumber: Instagram jozlynnhanania