Johannes Belili ungguli Kejohanan Tenis Tertutup Sandakan

3 May 2023 • 2:17 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Johannes Belili merangkul dua gelaran pada Kejohanan Tenis Tertutup Sandakan yang berlangsung di gelanggang Persatuan Tenis Daerah Sandakan dari 29 April-1 Mei.

Pada perlawanan akhir acara perseorangan yang mendebarkan, dia bangkit daripada ketinggalan satu set untuk menewaskan pasangan beregunya Iruwan Amboragang 1-6, 6-3, 10-8.

Pasangan berkenaan sebelum itu merangkul gelaran beregu selepas mengumpul mata terbanyak dalam perlawanan liga antara lima pasukan.

Tempat kedua disandang oleh Mohd Asyahmie Haffizie Suhaili dan Rishigeswaran A/L Uigneswaran, dengan Dr. Vickneswaran dan Stevie Alfie Silvester menduduki tempat ketiga.

SPONSORED CONTENT Gamuda: Town-making success Kota Kinabalu: Gamuda Land announced the grand launch of Curve25, a new doorstep convenient township within the prestigious Bukit Bantayan Residences to be officiated by State Minister of Industrial Development and Entrepreneurship Phoong Jin Tze. Read more Sementara itu, Presiden Persatuan Tenis Sabah, Johnson Koh dan Chin Ming Boak merangkul gelaran veteran dan di tempat kedua ialah gandingan Christopher Lim dan Rohjan Md Daud disusuli Rabahim dan Simon Wong di tempat ketiga.

Penaja utama Christopher Lim gembira dengan peningkatan jumlah penyertaan dan berharap kejohanan itu akan menarik lebih ramai pemain muda pada masa hadapan.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

View Original Article