John Goodenough, Antara Pencipta Bateri Li-Ion Meninggal Dunia

WorldTechnologyDigitalSpace
27 Jun 2023 • 9:01 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

John Goodenough antara pelopor teknologi bateri Li-Ion meninggal dunia pagi ini di Texas pada usia 100. Beliau juga merupakan penerima Anugerah Nobel Kimia pada tahun 2019 bersama dengan Staley Whittingham dan Akira Yoshino kerana usaha mereka bertiga menjadi sebab bateri Li-Ion kini menjadi komponen penting pada pelbagai peranti elektronik dan juga kereta elektrik.

image is not available
Gambar oleh University of Texas at Austin

Pada tahun 1980 John Goodenough menggantikan katod titanium disulfida dengan oksida kobalt yang digunakan pada sel li-ion yang dicipta oleh Staley Whittingham pada dekad 1970an. Dengan perubahan katod ini kapasiti bateri li-ion meningkat sekali ganda.

Beliau menerima pendidikan peringkat ijazah di Yale University, sebelum menerusikan pengajian di peringkat sarjana dan kemudian PhD dalam bidang fizikl di University of Chicago. Seterusnya beliau menjadi tenaga pengajar di Massachusetts Institute of Technology. Semasa menerima Anugerah Nobel pada tahun 2019, beliau menjadi penerima tertua pada usia 97 tahun.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved