
Kota Kinabalu: Johnson Koh akhirnya bersuara mengenai keputusannya untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden Persatuan Tenis Sabah (STA) pada mesyuarat agung tahunan yang diadakan awal Mei lalu.
Beliau berkata walaupun sebelum ini telah mendapat sokongan semua ahli gabungan untuk memberinya satu lagi penggal sebelum berundur selepas lebih sedekad menerajui STA, keputusan Dr Terrence Soong yang mengetepikan janjinya membuatkan beliau mengambil keputusan untuk menarik diri daripada pemilihan.
“Semasa ucapan presiden pada permulaan mesyuarat agung pada 8 Mei, saya sudah nyatakan dengan jelas bahawa saya hanya akan bertanding untuk satu penggal terakhir dan saya juga telah berbincang dengan individu tersebut (Dr Soong) bahawa saya akan menyerahkan jawatan itu sebelum akhir tahun dengan meletakkan jawatan kerana masih ada dua agenda khas yang ingin saya selesaikan selepas 17 tahun memimpin STA.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Bagaimanapun, semasa pencalonan, individu itu tidak mengendahkan hasrat dan janji saya, malah memilih untuk mencabar saya bagi jawatan itu.
“Sebagai seorang yang berpegang kepada integriti, ikhlas dalam niat dan tujuan, saya memilih untuk menarik balik pencalonan saya.
“Saya beritahu dia, ‘ambillah jawatan itu’ kerana dia begitu tergesa-gesa dan tidak sabar mahu mengambil alih jawatan presiden,” katanya.
Katanya, beliau bangga untuk berundur dengan terhormat kerana persatuan itu kini berada dalam keadaan yang sihat dengan lebih daripada RM111,000 dalam akaun.
“Ketika saya mengambil alih pada 2008, hanya terdapat RM2,000 dalam akaun. Kemudian, Setiausaha Tetap Kementerian Belia dan Sukan, Michael Emban, memberi jaminan kepada saya bahawa geran yang sebelum ini dibekukan akibat ketidakaktifan persatuan akan disalurkan semula dengan saya menerajui persatuan.
“Selepas memperkenalkan kejohanan Tenis Berpasukan Jemputan Sabah bersama pasukan pegawai hebat saya, sukan tenis Sabah berkembang pesat selama 17 tahun dalam mempromosikan tenis di semua peringkat serta pelancongan untuk negeri ini.
“Sepanjang saya menjadi presiden, kami berjaya menganjurkan kejohanan ATF – Persekutuan Tenis Asia bawah 14 tahun di Sabah buat kali pertama.
“Persatuan juga memainkan peranannya dalam memastikan bumbung dibina di empat gelanggang tenis di Likas. Saya juga secara peribadi telah berjumpa dengan tiga Menteri Sukan Persekutuan bagi memperjuangkan penyertaan tenis sebagai sukan teras dalam Sukma, yang akhirnya berjaya direalisasikan sebelum Sukma Sarawak pada 2023,” tambahnya.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada kementerian berkaitan, agensi kerajaan, pihak media, ppemain serta ibu bapa mereka dan semua pihak yang telah memberikan sokongan sebelum ini.
Beliau juga memohon maaf dengan tulus kepada mana-mana pihak yang mungkin tidak mendapat manfaat atau tersinggung sepanjang beliau memimpin.
