Johor Digegar Gempa Bumi Lagi, Kali Ini 3.2 Magnitud

27 Aug 2025 • 11:15 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Johor Digegar Gempa Bumi Lagi, Kali Ini 3.2 Magnitud

Gempa bumi 3.2 magnitud telah berlaku di Johor pada jam 8.59 pagi tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan di Facebook berkata koordinat pusat gempa bumi itu terletak 2.33° Utara dan 102.79° Timur pada kedalaman 10 kilometer. Ia terletak 18 kilometer dari Selatan Segamat.

“Gegaran dirasai di kebanyakan kawasan di Johor dan Selatan Pahang. Jabatan Meteorologi Malaysia akan terus memantau keadaan ini.

“Mohon tuan dan puan yang merasai gegaran akibat gempa bumi ini dapat mengisi borang soal selidik di pautan ini: https://forms.gle/JMGSQhuAKdtwWn2a7,” katanya.

Terdahulu, gempa bumi 4.1 magnitud telah menggegarkan Segamat pada Ahad lalu.

Pusat gempa bumi ini terletak 5 kilometer Barat dari Segamat, Johor, dengan kedalaman 10 kilometer.

Gegaran turut dirasai di Negeri Sembilan, Melaka dan Selatan Pahang.