
Johor lakar sejarah perkenal wang kripto RMJDT
Johor sekali lagi mencapai kemajuan terbesar di bawah Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, dengan kali ini memberi fokus terhadap ekonomi digital selain pentadbiran negeri mahupun perkembangan sukan.
Tunku Ismail, yang juga pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), memperkenalkan RMJDT, stablecoin pertama di Malaysia yang disandarkan kepada ringgit.
Mata wang digital ini dilancarkan di atas rantaian blok Zetrix, platform teras di bawah Malaysia Blockchain Infrastructure (MBI).
Menurut laporan akhbar tempatan, RMJDT dibangunkan untuk mengukuhkan penggunaan ringgit sambil membuka peluang baharu bagi menarik lebih banyak pelaburan asing ke negara ini.
Bagi menyokong pelaksanaan stablecoin tersebut, Bullish Aim menubuhkan sebuah syarikat perbendaharaan aset digital, iaitu Digital Asset Treasury Company (DATCO).
Syarikat ini diperuntukkan modal awal sebanyak RM500 juta dalam token Zetrix. Nilai itu dirancang meningkat sehingga RM1 bilion bagi memastikan kestabilan kos transaksi serta kecekapan operasi rangkaian.
Selain itu, DATCO akan melakukan aktiviti ‘staking’ token Zetrix untuk menyokong sehingga 10 peratus nod validator dalam MBI.
Langkah ini dijangka dapat mengukuhkan daya tahan ekosistem Web3 negara, sekali gus meningkatkan keselamatan dan kebolehskalaan rangkaian.
Sumber: Stadium Astro
The post Johor Lakar Sejarah Perkenal Wang Kripto RMJDT appeared first on Siakap Keli.

