Johor pastikan kualiti hidup rakyat Johor jadi keutamaan

1 Feb 2024 • 6:07 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

JOHOR BAHRU: Kerajaan negeri Johor akan memastikan kualiti hidup penduduk di negeri itu menjadi keutamaan terutamanya yang berkaitan kemudahan dan keperluan asas, sekali gus rakyat dapat menikmati kualiti hidup yang lebih baik.

Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi (gambar) melalui satu hantaran di Facebook rasminya, menyatakan Johor merupakan negeri pertama yang melaksanakan penyelarasan dengan agensi daripada Kerajaan Pusat dalam melaksanakan projek berimpak tinggi negeri Johor.

Beliau berkata semasa mempengerusikan mesyuarat berkenaan projek berimpak tinggi tersebut, ada dimaklumkan berkaitan perkembangan beberapa projek di negeri itu yang berjalan mengikut garis masa yang telah ditetapkan.

“Projek berkenaan termasuklah projek Rapid Transit System Link (RTS Link) yang mencapai kemajuan 61.1 peratus dan projek Gemas-Johor Bahru Electrified Double Track (PLBEGJB) sebanyak 96.02 peratus.

“Selain itu, projek menaik taraf Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) Fasa 1 Senai (Utara)-Sedenak sedang dalam reka bentuk dan pembinaan dijadual bermula Jun 2024, serta projek menaik taraf Lebuhraya Senai- Desaru (SDE) dijadual bermula Mac 2024,” katanya, hari ini.

Onn berharap agar segala usaha tersebut akan berjalan dengan lancar serta memperoleh sokongan berterusan daripada semua pihak di semua peringkat dan akhirnya membuahkan hasil terbaik buat rakyat di Johor. -Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved