Johor Plantations raih manfaat SD-WAN Maxis untuk ketersambungan penuh seluruh operasi

19 Jun 2023 • 5:01 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Johor Plantations raih manfaat SD-WAN Maxis untuk ketersambungan penuh seluruh operasi

zulfadli

19/06/2023 - 17:01

KUALA LUMPUR 19 Jun - Johor Plantations Bhd menghubungkan keseluruhan rangkaian operasinya dengan rumusan Maxis, yang didayakan oleh SD-WAN (Rangkaian Kawasan Luas Ditentukan Perisian).

Ia bagi memastikan ketersambungan yang pantas, selamat dan stabil di seluruh ladang, kilang, loji biogas, loji biometana dan makmal agroteknya, merangkumi kawasan seluas 60,339 hektar.

Ia juga adalah pencapaian penting kerjasama dengan Maxis, yang mana syarikat telekomunikasi itu telah mereka bentuk dan memasang infrastruktur yang terdiri daripada lebih 27 pemancar gelombang mikro dan menara komunikasi di seluruh unit operasi Johor Plantations bagi menyokong pelbagai keupayaannya, terutamanya Akses Internet Khusus berkelajuan tinggi Maxis untuk ketersambungan awan.

Selain itu, SD-WAN yang diuruskan oleh Maxis kini turut berhubung dengan 11 tapak lain di seluruh rangkaian Johor Plantations, bagi memastikan persekitaran yang selamat dan akses lebih baik.

Pengarah Urusan Johor Plantations, Mohd Faris Adli Shukery berkata, kerjasama ini dijalinkan tepat pada masanya dan pihaknya berbesar hati kerana peneraju industri seperti Maxis bersedia untuk membantu mencapai kesalinghubungan yang lebih tinggi dan komunikasi stabil sebagai teras penting untuk operasi dalam jangka pendek dan panjang.

"Ketersambungan berkelajuan tinggi adalah penting untuk perkembangan dan kemajuan perniagaan kami, dan kami berharap untuk meraih faedah daripada persekitaran yang berhubung sepenuhnya membolehkan operasi kami berkomunikasi dan berintegrasi dengan lebih baik.

"Apabila kita membicarakan tentang transformasi digital, kita tidak boleh lagi menggunakan pendekatan ‘tunggu dan lihat’.

image is not available
Claire Featherstone

"Kita perlu bergerak maju ke hadapan agar seiring dengan permintaan pasaran dan kerjasama ini adalah antara inisiatif utama yang sejajar dengan aspirasi digital kami sebagai sebuah syarikat perladangan bersepadu," katanya dalam kenyataan itu.

Pemangku Ketua Perniagaan Perusahaan Maxis, Claire Featherstone berkata, pihaknya juga berbesar hati kerana dapat menyokong Johor Plantations selaras dengan cita-cita digital mereka.

Katanya, rangkaian luas penyelesaian ketersambungan berskala kami yang didayakan oleh teknologi terbaik di dalam kelasnya akan memastikan perniagaan dan tenaga kerja mereka kekal berhubung sepanjang masa.

"Kerjasama kami menunjukkan magnitud yang mana kami mampu menangani sepenuhnya keperluan telekomunikasi operasi berskala besar dengan kawasan liputan yang luas," katanya.

Kerjasama ini selaras dengan perjalanan transformasi digital Johor Plantations yang lebih luas yang mana ia akan memanfaatkan pendigitalan bagi meningkatkan kecekapan dan menjana produktiviti yang lebih tinggi merangkumi keseluruhan organisasinya.

Dengan tersedianya infrastruktur yang mantap ini, Johor Plantations akan terus meneroka lebih banyak projek pendigitalan bagi mentransformasi perniagaannya, termasuk sistem pengurusan perladangan digital dan mudah alih sepenuhnya serta kebolehjejakan digital menggunakan teknologi blok rantai. - DagangNews.com