Johor salur RM14 bilion, terima semula peruntukan RM16 bilion daripada Persekutuan – PM Anwar

LocalPolitics
23 Jun 2026 • 9:44 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan Kerajaan Persekutuan telah menyalurkan peruntukan yang lebih besar kepada Johor berbanding jumlah hasil yang disumbangkan negeri itu kepada kerajaan pusat sepanjang tiga tahun kebelakangan ini.

Terima peruntukan lebih besar

Image from: Johor salur RM14 bilion, terima semula peruntukan RM16 bilion daripada Persekutuan – PM Anwar

Memetik laporan Sinar Harian, menurut beliau, rekod Kementerian Kewangan menunjukkan Johor menyumbang kira-kira RM14 bilion hasil kepada Persekutuan bagi tempoh 2023 hingga 2025.

Namun, katanya, jumlah yang disalurkan semula kepada Johor menerusi pelbagai projek pembangunan, perbelanjaan pengurusan serta program berkaitan mencecah RM16 bilion.

“Berdasarkan rekod Kementerian Kewangan, hasil Persekutuan yang dikutip dari Johor bagi 2023 hingga 2025 berjumlah RM14 bilion.
“Berapa kita beri balik melalui pelbagai projek, pengurusan dan pembangunan keseluruhannya? Sejumlah RM16 bilion untuk negeri Johor,” katanya ketika berucap pada Majlis Pengumuman Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor , malam tadi.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, penjelasan itu penting bagi memberikan gambaran sebenar mengenai komitmen Kerajaan Persekutuan terhadap pembangunan negeri berkenaan.

Dalam pada itu, beliau turut membandingkan jumlah peruntukan perbelanjaan mengurus yang diterima Johor ketika pentadbiran terdahulu dengan yang disalurkan di bawah Kerajaan Madani.

Image from: Johor salur RM14 bilion, terima semula peruntukan RM16 bilion daripada Persekutuan – PM Anwar

Katanya, semasa kerajaan terdahulu, Johor menerima peruntukan perbelanjaan mengurus sekitar RM6 bilion hingga RM7 bilion setahun.

“Sekarang ini jumlah itu meningkat kepada RM8.7 bilion,” jelasnya lagi

Beliau menegaskan peningkatan tersebut mencerminkan kesungguhan Kerajaan Persekutuan untuk terus mengutamakan pembangunan serta kebajikan rakyat Johor.

Berdasarkan data yang dibentangkan oleh Anwar, Johor muncul sebagai negeri ketiga terbesar menerima peruntukan Perbelanjaan Mengurus (OE) dan Perbelanjaan Pembangunan (DE) bagi tahun 2026, selepas Sabah dan Sarawak.

Artikel lain: Saifuddin dedah peruntukan Johor meningkat kepada RM14.6 bilion di bawah PM Anwar

Peruntukan OE bagi Johor meningkat daripada RM7 bilion pada 2022 kepada RM8.7 bilion pada 2026, manakala DE pula bertambah daripada RM2.3 bilion kepada RM4.8 bilion dalam tempoh yang sama.

Selain itu, Johor turut menjadi negeri kedua tertinggi menerima bantuan menerusi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA), selepas Selangor

Sumber: Sinar Harian

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved