Joko Widodo hadiri Sidang Kemuncak G7 di Jepun

19 May 2023 • 5:21 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

JAKARTA: Presiden Indonesia Joko Widodo (gambar), diiringi isterinya Iriana Jokowi dan delegasi berlepas ke Jepun untuk menyertai Sidang Kemuncak G7 di Hiroshima pada Jumaat.

Beliau dan delegasi hadir bagi memenuhi undangan Presiden G7 2023 iaitu Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida.

Bercakap kepada media sebelum berlepas ke Jepun, beliau berkata mesyuarat G7 akan membincangkan mengenai perubahan iklim, makanan, tenaga, dan lain-lain.

“Indonesia akan membawa suara dari “Global South countries” yang terdiri daripada negara-negara membangun yang perlu didengarkan,“ katanya.

Beberapa agenda hasil Sidang Kemuncak ASEAN ke-42 di Labuan Bajo baru-baru ini termasuk isu Myanmar juga akan diketengahkan, kata Joko Widodo.

Beliau dijadualkan kembali ke tanah air pada 21 Mei. -Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved