”Jom Amal Selawat 1,000 Kali Sehari!” – Pesanan Bermakna Aliff Aziz

LocalEntertainment
22 Nov 2024 • 2:24 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Dah lama rasanya tak dengar perkembangan pelakon dan penyanyi Aliff Aziz. Apapun, di hari Jumaat ni, Aliff mengambil keberkatan untuk mengajak pengikutnya berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Menerusi hantaran di media sosial, Aliff berkongsi pesanan bermakna tentang ganjaran luar biasa yang menanti umat Islam apabila mengamalkan selawat.

Aliff Aziz kongsi amalan mudah, ganjaran besar

Aliff mencadangkan agar umat Islam mengamalkan selawat 1,000 kali sehari selama 40 hari tanpa putus. Menurutnya, amalan ini bukan sahaja membawa keberkatan tetapi juga mendekatkan diri kita kepada Allah SWT.

Azam semoga Allah izin kita amal sampai hari kita dijemput kembali kepada-Nya.- Tulis Aliff, penuh keikhlasan.

Sebarkan kebaikan, jangan tunggu sempurna

Selain itu, Aliff turut berpesan agar umat Islam tidak menunggu “sempurna” untuk menyebarkan kebaikan. Baginya, tindakan kecil seperti berkongsi amalan baik mampu memberi manfaat kepada diri sendiri dan orang lain.

Dengan sebarkan kebaikan, kita minta Allah jadikan kita semua orang baik.- Luah Aliff penuh harapan.

Sebagai langkah motivasi, Aliff turut meletakkan pilihan di media sosialnya untuk mengajak pengikut memulakan amalan selawat ini. Pilihan “Sedia” atau “Belum Sedia” diberikan sebagai refleksi diri terhadap kesiapsediaan untuk berubah.

image is not available

#OhmediaNasihat

Amalan selawat bukan sahaja mendatangkan ganjaran pahala tetapi juga mendidik hati kita menjadi lebih tenang dan dekat dengan Allah SWT. Mulakan langkah kecil, dan istiqamahlah dalam kebaikan.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Instagram