Jom Foodhunt! 5 Port Kunafa Viral Di KL!

Food
13 Jul 2022 • 12:43 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Malaysia sememangnya terkenal dengan pelbagai pilihan makanan dari seluruh dunia! Inikan lagi kalau makanan tu halal dan tengah viral sekarang. Memang dah jadi budaya rakyat Malaysia untuk 'food hunting' dan sanggup beratur tak kisah la berapa lama demi merasa sajian yang menjadi sebutan ramai.

Terkini, manisan kunafa yang viral habis di setiap media sosial menjadi kegilaan ramai. Kunafa adalah satu hidangan manisan tradisional dari Timur Tengah. Yang menaraiknya, Kunafa mengandungi keju seperti mozarela dan cheddar dan ditabur dengan kacang pistachio

Jom kita lihat 5 port kunafa yang terbaik di sekitar Kuala Lumpur:

1. Kunafa Crisp

image is not availableRamai kata kunafa di sini adalah yang terbaik! Dahlah rangup, lemak berkrim pulak tu. Kalau datang hujung minggu alamatnya kena beratur panjang la kalau nak merasa!

Alamat: Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur (berdekatan dengan McDonald's Bukit Bintang)

Waktu operasi: 2 petang hingga 2 pagi

2. Papa Kanafa

image is not availableBiarpun dijual di tepi jalan di Kampung Baru, tapi tetap menjadi pilihan dan trending. Orang kata cheesenya membuatkan ramai terliur.

Alamat: Kampung Baru, Kuala Lumpur

Waktu operasi: 5 petang hingga 10 malam

Instagram: Papa_Kanafa_KL

3. Cheffaez Kunafa

image is not availableMenjadi tarikan di sini adalah tukang masaknya sendiri iaitu Chef Faez yang juga chef viral. Nak tengok Chef Faez flip kunafa depan mata korang boleh datang sini!

Alamat: Jalan Inai, Imbi di Kuala Lumpur

Waktu operasi: 10 pagi hingga10 malam

Instagram: Cheffaez

4. Al-Amar Lebanese Cuisine

image is not available

Kalau korang nakkan pengalaman menikmati kunafa dia suasana yang mewah dan selesa, boleh cuba di sini.

Alamat: Level 6, Pavilion Kuala Lumpur

Waktu operasi: 10 pagi hingga 10 malam

5. Habibi Kunafa

image is not available

Kunafa paling steady sebab korang boleh dapatkan di medan selera! Kunafa ni boleh la korang jadikan kunafa sebagai pencuci mulut sambil menikmati hidangan utama yang korang prefer!

Alamat: Aras 2, Food District, 1 Utama di Petaling Jaya, Selangor

Waktu operasi: 10 pagi hingga 10 malam (Food District)

Instagram: Habibi_Kunafa

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved