Jom hadir Festival Kopuji, rasa keenakan kopi lebih 30 pengusaha

20 Jun 2024 • 10:47 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

SHAH ALAM, 20 JUN: Orang ramai dipelawa memeriahkan Festival Kopuji (Kopi, Puisi, Jiwa) anjuran Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) pada 21 hingga 23 Jun ini.

Bertempat di Plaza Alam Sentral, pengunjung boleh merasai keenakan kopi daripada lebih 30 pengusaha kopi tempatan yang akan terlibat mempromosi produk masing-masing.

Antara pengusaha kopi tersebut adalah Kopi Saigon, Cottle Coffe x Siong, Ca Phe, Orca Coffe Company, Kopi Ais Mamu, Big Boi’s CoffeeK, Kopi Gantung, Kopi Jail CT Nexus.

“Ayuh ke Festival KOPUJI yang berlangsung selama 3 hari! Ajak keluarga dan rakan. Kita ngopi sambil santai hujung minggu! Macam-macam aktiviti menarik ada,” maklum Plaza Alam Sentral menerusi Facebook.

Bermula jam 11 pagi hingga 10 malam, orang ramai yang hadir turut dihiburkan dengan persembahan deklamasi sajak / puisi dan sesi ilmu bersama Sani Sudin Kopratasa pada 22 Jun.

Pengunjung juga berpeluang mengasah bakat dengan tampil ke pentas dan kongsi kebolehan berpuisi atau menyanyi menerusi sesi ‘Open Mic Challenge’.

Selain itu, pelbagai lagi pengisian menarik diadakan antaranya pameran buku, persembahan busker, bengkel canting batik dan anda juga berpeluang melihat lebih dekat kemahiran seni latte oleh barista he

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved