Jom ke IOI City Mall untuk saksikan pemberian Huawei Watch GT 4 kepada pemenang Sukan Asia 2022

13 Oct 2023 • 3:54 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Sukan Asia Hangzhou 2022 telah melabuhkan tirainya minggu lepas dan Malaysia telah berjaya mengutip 32 pingat, mengatasi sasaran 27 pingat dengan meraih 6 emas, 8 perak dan 18 gangsa. Sempena itu, Huawei Malaysia akan menghadiahkan jam tangan terbaru mereka, Huawei Watch GT 4 sebagai penghargaan buat atlet Malaysia.

Acara pemberian hadiah ini akan diadakan di Jelajah Huawei yang diadkaan di IOI City Mall, Putrajaya. Jelajah Huawei ini berlangsung dari 11-15 Oktober 2023, di lantai bawah West Court.

image is not available

Jika anda mahu turut serta memeriahkan lagi acara pemberian ini, anda boleh hadir pada hari Sabtu, 14 Oktober 2023 pukul 2 petang. Huawei telah menjemput Menteri Belia dan Suka, YB Hannah Yeoh untuk merasmikannya. Selain itu, antara atlet Malaysia yang akan hadir adalah Dato' Pandelela Rinong (Terjun), Ng Yan Yee (Terjun) dan Tan Cheong Min (Wushu).

Kepada yang berminat untuk memiliki jam pintar Huawei Watch GT 4, anda berpeluang menerima hadiah percuma bernilai RM580 apabila membuat tempahan di Jelajah Huawei di IOI City Mall.

image is not available

Huawei Watch GT 4 dilancar dalam dua saiz, 46mm dan 41mm. Ia juga boleh didapati dalam pelbagai jenis tali jam seperti kulit, getah dan besi, dengan harga dari RM1,099. Huawei Malaysia kini menawarkan hadiah percuma berupa FreeBuds SE 2, tali jam EasyFit Fluoroelastomer, jaminan tambahan tahun ke-2, perlindungan kerosakan skrin 3-bulan dan muka jam edisi terhad.

Kenali juga Huawei Watch GT 4 dengan lebih lanjut dalam ulasan kami di video ini.

Bacaan Berkaitan