Jom ke Selangor Fruit Valley, destinasi ideal musim cuti Deepavali

LocalTravel
19 Oct 2025 • 8:16 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 19 OKT: Selangor Fruit Valley (SFV) akan dibuka kepada orang ramai cuti umum sempena cuti Deepavali esok dengan menawarkan pelbagai aktiviti menarik buat seisi keluarga.

Menurut infografik dikongsi di Facebook Selangor Fruit Valley, taman agro pelancongan itu beroperasi dari 8.30 pagi hingga 5 petang.

Pengunjung berpeluang menikmati pengalaman unik di ladang buah-buahan tropika dengan pelbagai pakej aktiviti interaktif termasuk lawatan ladang, tunggangan trem, dan sesi bergambar di kawasan tarikan utama SFV.

"Korang semua tak tahu nak pergi mana cuti Deepavali ni?? Apa tunggu lagi, jom ke Selangor Fruit Valley!!! Macam-macam aktiviti menarik menanti anda!!

"Jom ciptakan kenangan bersama orang yang tersayang di sini. Macam-macam pakej yang kami sediakan untuk anda semua merasai suasana di dalam ladang buah-buahan tropika!" katanya.

SFV terletak di KM7, Jalan Bestari Jaya-Rawang, Selangor, dan boleh dihubungi menerusi media sosial rasmi di Facebook, Instagram, serta TikTok @SelangorFruitValley untuk maklumat lanjut.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved