Jom Kunjungi Sime Motors AutoArena Di Stadium Bukit Jalil Bermula 10-12 Januari Ini

LocalCars
3 Jan 2025 • 5:00 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Buat julung kalinya, Sime Motors akan menganjurkan acara automotif yang pertama, Sime Motors AutoArena pada 10 Januari hingga 12 Januari ini di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Acara itu bakal menampilkan pelbagai jenama, termasuk BMW, MINI, Motorrad, BYD, Ford, Hyundai, Jaguar, Land Rover, Volvo dan pelbagai jenis kereta terpakai premium daripada Auto Selection.

Pengarah Urusan Asia Tenggara, Sime Motors, Jeffrey Gan menyifatkan Sime Motors AutoArena adalah tanda komitmen mereka untuk menyampaikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan kepada para pelanggan.

image is not available

"Kami telah melebarkan sayap dari acara bilik pameran hinggalah kini ke Stadium Nasional Bukit Jalil. Ini menjadi bukti perkembangan kami untuk berhubung dengan pelanggan kami melalui cara yang inovatif ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, jika anda berminat, anda boleh mendaftarkan minat anda untuk acara ini di KLIK.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved