Jom Ngopi! The Coffee Bean & Tea Leaf Kini Dibuka Di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching

9 Aug 2022 • 3:56 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Coffee Bean & Tea Leaf sudah dibuka!

Jom Ngopi! The Coffee Bean & Tea Leaf Kini Dibuka Di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching. Pernah membuka cawangan sebelum ini di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dan juga The Spring Kuching namun ditutup, Coffee Bean& Tea Leaf kini kembali beroperasi semula!

Menyediakan menu utama mereka iaitu minuman berasaskan kopi dan teh, Coffee Bean & Tea Leaf ini merupakan salah satu cafe yang digemari ramai penduduk tempatan di sini.

image is not available
Jom Ngopi! The Coffee Bean & Tea Leaf Kini Dibuka Di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching. Sumber gambar: FB Markz Ryandy

Coffee Bean &Tea Leaf akhirnya membuat comeback

Oleh kerana ramai yang rindu ingin menikmati kopi dan teh yang lazat di sini, Coffee Bean &Tea Leaf akhirnya membuat comeback di mana restoran minuman ini dibuka di Pintu 4 dan Pintu 5 Balai Berlepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.

Apa yang istimewa di Coffee Bean and Tea Leaf ini adalah, anda boleh menikmati pelbagai menu menarik kopi dan teh seperti Vanilla Bean Cold Brew Latte, Vietnamese Cold Brew Latte, Midnight Mocha Cold Brew Latte, Ice Tea Latte, Decaf Tea, Herbal Infusion.

image is not available

Belgian Chocolate Ice Blended Drink

Selain daripada menu kopi dan teh, di sini juga ada menu lain seperti Belgian Chocolate Ice Blended Drink yang amat sesuai untuk penggemar manis di luar sana dan juga snek-snek ringan yang amat sesuai untuk dinikmati sambil menunggu flight.

Rasa minuman yang disediakan di sini dijamin premium dan tidak akan mengecewakan anda. Sambil menunggu flight anda, sambil lepak minum kopi di sini!

1 sudah dibuka, tinggal 3 lagi restoran baharu yang bakal dibuka di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching: