Jom saksikan Harimau Malaya beraksi di Piala Asia 2023 melalui skrin besar

8 Jan 2024 • 4:47 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Jika sebelum ini peminat pasukan Harimau Malaya diberikan perkhabaran gembira apabila diumumkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) menjadi penyiar rasmi bagi perlawanan Piala Asia yang akan bermula 12 Januari depan, kini ada lagi satu berita gembira.

Menerusi hantaran di X Jabatan Belia dan Sukan Negara, akan diadakan tayangan skrin besar untuk ketiga-tiga perlawanan melibatkan pasukan Malaysia di semua negeri.

Lokasi tayangan skrin besar

Berdasarkan jadual perlawanan, anda boleh menyaksikan pasukan Harimau Malaya beraksi secara langsung melalui saluran TV Astro Arena, TV Okay dan RTM Sukan.

Jika anda mahukan lebih kemeriahan, berikut merupakan lokasi tayangan skrin besar perlawanan Piala Asia mengikut negeri:

Wilayah Persekutuan

  • Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur
  • Dataran Putrajaya, Presint 3, Putrajaya
  • Dataran Perbadanan Labuan

Selangor

  • Laman MBPJ, Petaling Jaya

Perlis

  • Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra, Kangar,

Kedah

  • Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Kedah, Alor Setar

Pulau Pinang

  • Padang Kota, George Town

Perak

  • Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru Jaya, Perak

Negeri Sembilan

  • Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sembilan, Paroi

Melaka

  • Dataran Pahlawan Bandar Hilir

Johor

  • Kawasan Rekreasi Kampung Dato' Onn, Jalan Cenderawasih, Larkin Jaya, Johor Bahru

Kelantan

  • Dataran Mara, Kota Bharu

Terengganu

  • Aras Bawah, Kompleks Paya Bunga Sentral, Kuala Terengganu

Pahang

  • Padang Majlis Bandaraya Kuantan 1

Sarawak

  • Kuching Amphitheatre

Sabah

  • Padang Merdeka, Kota Kinabalu

Selain menerusi skrin besar atau TV Astro Arena, TV Okay dan RTM Sukan, anda juga boleh menyaksikan perlawanan Piala Asia melalui saluran berikut:

Ikut jadual, perlawanan pertama pasukan Harimau Malaya adalah pada hari Selasa, pukul 1.30 pagi. Harap-harapnya pada yang menonton perlawanan tu, jangan pulak jadikan ia alasan untuk lambat masuk kerja ya?

[Sumber: JBS]

Bacaan berkaitan: