Jom semua! Orang ramai dijemput berbuka puasa bersama Perdana Menteri di Putrajaya esok

LocalPolitics
9 Mar 2025 • 4:00 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na’im Mokhtar hari ini mempelawa orang ramai berbuka puasa bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim esok.

Menerusi hantaran di Facebook Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), beliau berkata, majlis itu akan diadakan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Presint 3, Putrajaya mulai 5.30 petang hingga 8 malam.

Orang ramai dijemput berbuka puasa

image is not available

“Sebanyak 10,000 pek juadah hidangan berbuka turut disediakan bagi semua tetamu,” katanya.

Beliau berkata majlis turut diserikan dengan ceramah oleh Timbalan Mufti Pahang Datuk Badli Shah Alauddin yang bertajuk “Ramadan Pemacu Ummah MADANI” serta persembahan kumpulan nasyid terkenal Rabbani.

Tunggu apa lagi? Jom semua kita pergi berbuka puasa bersama Anwar Ibrahim! Selepas itu, bolehlah terus menunaikan solat sunat tarawih, sekali gus membangkitkan suasana Ramadan.