#JomFit | Kekuatan fikiran menentukan keadaan jiwa, kesihatan tubuh, keperibadian dan rasa saya mempercayai diri sendiri

Health & Fitness
8 Oct 2026 • 10:00 AM MYT
Zulkifly Baharom
Zulkifly Baharom

An HR practitioner, Sejahtera Leadership Coach & Gusi Peace Prize Laureate.

Image from: #JomFit | Kekuatan fikiran menentukan keadaan jiwa, kesihatan tubuh, keperibadian dan rasa saya mempercayai diri sendiri
Dr. Zul & famili percaya pendedahan cahaya matahari merangsang hormon gembira untuk manfaat fizikal-mental. Foto: Zana

Masih segar pada ingatan saya, dalam buku “Aladdin Factor” karya Jack Canfield & Mark Viktor Hansen, saya telah menemui informasi yang telah tersentak dengan suatu kesedaran. Dalam buku itu dinyatakan bahawa setiap hari manusia menghadapi lebih dari 60,000 fikiran. Satu-satunya yang disarankan dalam fikiran ini adalah pengarahan. Jika arah yang saya tentukan bersifat negatif maka sekitar 60,000 fikiran saya akan keluar dari memori ke arah negatif. Sebaliknya, jika pengarahannya positif maka sejumlah fikiran yang sama juga akan keluar dari ruang memori ke arah yang positif. Berdasarkan pengalaman dan hasil penelitian ini memperkuatkan kesedaran saya bahawa nafsu cenderung menyuruh pada keburukan (ammarah bi alsu'). Maka jelas sekali semua ini turut mempengaruhi perasaan, perilaku, tindakan serta penyakit yang mendera jiwa saya. Jika demikin, saya harus lebih waspada & hati-hati dalam memilih sumber fikiran terbaik di benak memori saya.

Image from: #JomFit | Kekuatan fikiran menentukan keadaan jiwa, kesihatan tubuh, keperibadian dan rasa saya mempercayai diri sendiri
Professor Dr. Zul sentiasa memulakan kuliahnya di Sekolah Siswazah Keusahawanan dan Perniagaan, dengan menekankan kepada pelajar-pelajarnya bahawa “Akal fikiran dan tubuh fizikal adalah saling mempengaruhi,” Foto: Fatin

Pengalaman ini telah menyedarkan saya bahawa “Kemuliaan manusia terletak pada fikirannya.” Telah terbukti dalam Kitab al-Khawathir, Syeikh Muhammad Mutawalli al-Sya'rawi menyatakan, “Fikiran adalah alat ukur yang digunakan manusia untuk memilih sesuatu yang dinilai lebih baik dan lebih menjamin masa depan diri & keluarganya.” Dengan berfikir, kata James Allan, seseorang boleh menentukan pilihannya. Saya belajar psikologi-sosial, ilmuan mendefinasikan “berfikir” sebagai bahagian terpenting yang membezakan manusia dari binatang, tubuh-tumbuhan, dan benda mati. Dengan berfikir, manusia dapat membezakan yang bermanfaat dan tidak bermanfaat; antara halal dan haram; antara yang positif dan yang negatif, dan bertanggungjawah atas pemilihannya.

Image from: #JomFit | Kekuatan fikiran menentukan keadaan jiwa, kesihatan tubuh, keperibadian dan rasa saya mempercayai diri sendiri
Dr. Zul & Hajah Zarina (duduk tengah) bersama keluarga sentiasa beriadah kerana yakin bahawa “Hubungan antara mnda dan tubuh fizikal (mind-body connection) untuk memantapkan jalinan kasih sayang dan kesihatan.” Foto: Jann

Jadi, saya telah sedaya-upaya memilih untuk fikiran dan proses positif perkembangannya. Untuk mewujudkan semua iru, saya harus tetap tawakal pada Allah SWT. Saya mulai dari memahami erti fikiran & kekuatannya. Fikiran adalah kekuatan. Sesungguhnya, dalam Al-Quran, Allah SWT membezakan antara orang yang berilmu dan yang tidak. Allah SWY berfirman, “Apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak nengetahui?” (al-Zumar: 9). Oleh itu, saya mencari kekuatan fikiran untuk melahirkan ‘mindset’ positif seimbang dengan tubuh fizikal saya.


Image from: #JomFit | Kekuatan fikiran menentukan keadaan jiwa, kesihatan tubuh, keperibadian dan rasa saya mempercayai diri sendiri

Kongsikan kisah kesihatan dan gaya hidup sihat anda menerusi #JomFit  dan rebut peluang memenangi hadiah tunai sehingga RM2,300! 

Ketahui cara penyertaan di sini. Jangan lepaskan peluang! T&Cs terpakai. 


Zulkifly Baharom (hajizul50@gmail.com) adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!

Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi creator@newswav.com.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved