Jovi Hanyalah Penjenamaan Semula Vivo Di Pasaran Brazil

TechnologyDigital
3 Jun 2025 • 11:32 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sebelum ini, Jovi dikatakan sebagai sub-jenama baharu bagi vivo. Namun demikian ia bukanlah sebuah sub-jenama sebenar sebaliknya Vivo telah membuat penjenamaan semula bagi produk mereka khusus untuk pasaran Brazil. Hal ini dilakukan kerana terdapat pertikaian tanda dagangan dengan Telefonica Brasil iaitu pemilik jenama ‘vivo’ di negara tersebut.

image is not available

Kini vivo telah memperkenalkan dua telefon pintar pertama di bawah jenama Jovi di Brazil iaitu Jovi V50 5G dan Jovi V50 Lite 5G. Kedua-dua model ini sebenarnya adalah versi V50 dan V50 Lite yang dijual di pasaran lain. Dari segi spesifikasi, telefon pintar Jovi menawarkan ciri seperti model vivo yang dijual di luar Brazil. Perbezaannya hanya terletak pada penjenamaan.

image is not available

Jovi V50 5G adalah telefon dengan skrin AMOLED 6.77-inci melengkung dengan resolusi 1.5K, kadar segar semula 120Hz, kecerahan puncak serta sensor cap jari dalam skrin. Ia juga dikuasai oleh cip Snapdragon 7 Gen 3 dan bateri 6000mAh dengan pengecasan pantas 90W.

Telefon juga hadir dengan memori 12GB RAM dan storan dalaman 512GB. Kamera hadapan 50MP manakala bahagian belakang terdapat kamera utama 50MP dengan OIS, ultra-lebar 50MP, serta lampu LED Aura. Ia menjalankan sistem operasi Android 15 dengan antaramuka FunTouch OS 15.

image is not available

Jovi V50 Lite 5G pula mempunyai skrin AMOLED 6.77 dengan resolusi 1.5K, kadar segar semula 120Hz, dan kecerahan puncak 800 nits. Telefon ini dijana oleh cip Dimensity 6300, dengan 8GB RAM, storan dalaman 256GB serta bateri 6,500mAh yang menyokong pengecasan 90W. Untuk kamera, ia mempunyai kamera hadapan 32MP, manakala di bahagian belakang terdapat kamera utama 50MP dan ultra-lebar 8MP.