Kerangka tahan lasak biasanya digunakan pada telefon pintar, tablet dan kadang kala pada jam tangan pintar. Tetapi nampaknya ia kini mula dipasarkan pula untuk kad kredit Apple Card. Apple Card Case ini dihasilkan oleh firma Kerf bagi memastikan kad kredit yang diperbuat daripada titanium ini tidak akan mengalami sebarang kerosakan semasa dibawa oleh pengguna.

Setiap Apple Card Case dijual pada harga bermula $39 (~RM164) sebuah. Tetapi sekiranya anda ingin memastikan kad kredit istimewa ini tidak mengalami sebarang cela ini ialah alternatif yang ditawarkan.
