JPA Perhebat Intervensi Awal! Lebih 40,000 Penjawat Awam Alami Masalah Kesihatan Mental

LocalHealth & Fitness
23 Jul 2026 • 4:52 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Masalah kesihatan mental dalam kalangan penjawat awam yang menunjukkan kecenderungan untuk membunuh diri dan melakukan perkara negatif mencatatkan sedikit peningkatan susulan peluasan skop tinjauan yang dijalankan.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz berkata, situasi itu memerlukan tindakan intervensi segera di setiap kementerian dan jabatan bagi memastikan individu terjejas mendapat bantuan sewajarnya.

Beliau berkata, pendekatan bersemuka oleh pegawai psikologi terhadap penjawat awam yang berdepan masalah kesihatan mental perlu diperkasakan sebagai langkah awal mengelakkan keadaan menjadi lebih serius.

“Namun yang pasti langkah intervensi kita laksanakan sesegera mungkin di setiap jabatan dan kementerian dengan cara pegawai psikologi melakukan intervensi secara pendekatan bersemuka dengan mereka yang menghadapi masalah tersebut.
“Sebenarnya perkara ini bukan hanya berlaku di negara kita, negara-negara maju sekalipun perkara ini berlaku.
“Jadi apa yang paling penting, langkah intervensi segera yang kita lakukan untuk memastikan pegawai-pegawai kita berada pada tahap kesihatan mental yang stabil dan boleh memberi perkhidmatan yang baik kepada rakyat,” katanya.

Image from: JPA Perhebat Intervensi Awal! Lebih 40,000 Penjawat Awam Alami Masalah Kesihatan Mental

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Dialog Aspirasi Perkhidmatan Awam Madani di Wisma Negeri, di sini, hari ini.

Artikel lain: MINDEF Perkukuh Kebajikan Anggota, Mahu Prestasi Pelaburan Terus Dipertingkat Melalui Pengurusan Dana Berkesan

Mengulas lanjut, Wan Ahmad Dahlan berkata, program ‘Happy At Work’ turut diwujudkan bagi membantu ketua jabatan mewujudkan persekitaran kerja yang lebih positif, sekali gus mengurangkan tanda-tanda tekanan dan masalah berkaitan kesihatan mental dalam kalangan warga kerja.

Berdasarkan kajian Bahagian Pengurusan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada 2025, lebih 40,000 penjawat awam dikenal pasti mempunyai kecenderungan untuk membunuh diri serta melakukan perkara negatif.

Sumber: Buletin TV3 (Deerina Sheikh Faisal)

The post JPA Perhebat Intervensi Awal! Lebih 40,000 Penjawat Awam Alami Masalah Kesihatan Mental appeared first on Borak Daily.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved