JPJ Akui Masih Ramai Tak Pakai Tali Pinggang Dalam Bas Sebab Tiada Kesedaran

LocalPolitics
31 Jul 2025 • 10:30 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Masih ramai yang tidak memakai tali pinggang Ketika berada di dalam bas ekspres dan persiaran perkara itu sudah diwajibkan sejak 1 Julai lalu.

Perkara itu diakui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka. Ini kerana JPJ telah mengeluarkan 153 notis saman kepada penumpang serta pemandu bas ekspres dan persiaran gara-gara tidak memakai tali pinggang keledar.

image is not available

Pengarahnya, Siti Zarina Mohd Yusop berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 18 notis dikeluarkan kepada pemandu bas manakala 135 notis saman dikeluarkan kepada penumpang kenderaan.

"Pemakaian tali pinggang keledar diwajibkan ke atas semua penumpang dan pemandu bas ekspres serta persiaran bermula 1 Julai lepas dan hingga hari ini, kita memeriksa sebanyak 350 kenderaan terbabit.

image is not available

"Kesalahan berkenaan dikesan menerusi penyamaran anggota dalam bas terbabit selain penguatkuasaan operasi yang dijalankan secara berkala sepanjang tempoh itu," katanya kepada pemberita selepas Operasi Khas Bersepadu JPJ Melaka di Batu Berendam Melaka.

Beliau berkata menerusi penguatkuasaan itu, kebanyakan pemandu bas dan penumpang didapati tidak memakai tali pinggang keledar disebabkan sikap sambil lewa dan kurang kesedaran walaupun diingatkan oleh pemandu sebelum memulakan perjalanan.

Jadi, tindakan mengeluarkan saman tanpa kompromi dilakukan sebagai peringatan kepada pemandu dan penumpang supaya tidak mengulangi kesalahan itu.

Zahil1505*