JPJ Bakal Satukan Modul Kursus Teori Motosikal & Motokar

LocalCars
21 Apr 2025 • 12:00 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Kementerian Pengangkutan bakal menyatukan modul Kursus Teori Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP01) bagi lesen motosikal dan motokar bermula 1 Ogos ini, selaras dengan usaha menambah baik sistem latihan pemandu di negara ini.

Menterinya, Anthony Loke Siew Fook, berkata walaupun dasar satu kelas teori tunggal telah dimulakan sejak tahun 2023, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) masih menggunakan modul berasingan untuk motosikal dan kereta sehingga kini.

image is not available

"Kedua-dua modul KPP01 motosikal dan motokar yang sebelum ini berasingan, dikemas kini menjadi satu modul pembelajaran sahaja untuk memberikan penekanan tambahan kepada pemanduan secara selamat,” katanya.

JPJ akan mengeluarkan garis panduan terperinci berkaitan pelaksanaan modul baharu itu dalam masa terdekat.

image is not available

Anthony turut mengumumkan penambahbaikan pada sistem penyampaian JPJ termasuk integrasi e-dompet TNG (Touch ‘n Go) bagi pembayaran urusan JPJ seperti saman menerusi aplikasi MyJPJ.

Portal rasmi JPJ yang baharu bakal diperkenalkan selari dengan pendekatan moden dan inovatif, menggunakan teknologi terkini serta susun atur minimalis dan mesra pengguna.

Sumber: Bernama