

JPJ mengerahkan tenaga sejumlah besar pegawai dan anggotanya untuk Ops Khas Hari Raya Aidilfitri (HRA) 2025
Sempena Aidilfitri, cutis seramai 2,500 pegawai dan anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di seluruh Malaysia dibekukan. Langkah ini diambil untuk melaksanakan Ops Khas Hari Raya Aidilfitri (HRA) 2025.
Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) JPJ, Datuk Jazmanie Shafawi, memaklumkan bahawa operasi khas ini akan berlangsung dari 24 Mac hingga 8 April dengan tumpuan utama terhadap penguatkuasaan dan advokasi keselamatan jalan raya sepanjang musim perayaan.
Tujuh Kesalahan Utama


Sepanjang Ops Khas HRA, pihak JPJ akan menumpukan tindakan terhadap tujuh kesalahan utama yang sering menjadi punca kemalangan iaitu:
Memandu melebihi had lajuMelanggar lampu isyaratMemotong di garisan berkembarMemotong barisanMemandu di lorong kecemasanMenggunakan telefon bimbit ketika memandu
Larangan Kenderaan Barangan pada Tarikh Tertentu


Selain penguatkuasaan kesalahan trafik, JPJ juga akan melaksanakan larangan pergerakan kenderaan barangan pada tarikh 29 dan 30 Mac serta 5 dan 6 April bagi mengurangkan risiko kemalangan dan memastikan kelancaran trafik.
Sumber: SH

