JPJ Cekup 11 Bas Ekspres, Persiaran Tidak Sediakan Pemandu Kedua

LocalCars
17 Sep 2025 • 10:30 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Masih ramai pengusaha syarikat tidak menyediakan pemandu kedua untuk perjalanan jauh!

Perkara itu dikesan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) apabila melakukan operasi empena cuti sekolah di Plaza Tol Juru, Bukit Mertajam semalam. Pihak JPJ mendapati 11 bas ekspres dan persiaran yang tidak mempunyai pemandu kedua

JPJ negeri dalam kenyataan berkata, operasi berkenaan menyasarkan bas yang melakukan perjalanan melebihi 300 kilometer (km) atau pemanduan melebihi empat jam.

image is not availableimage is not available

"Terdapat 11 buah bas ekspres dan persiaran didapati memandu tanpa ada pemandu kedua yang kesemuanya dikenakan saman.

"Kesalahan lain adalah tidak pakai tali pinggang keledar penumpang, tidak kemas kini buku log pemandu, gagal selenggara kenderaan dengan baik dan kesalahan teknikal.

"Sebanyak 251 notis saman dan kesalahan teknikal kenderaan perdagangan telah dikeluarkan dalam operasi itu," katanya.

image is not available

Sehubungan itu, pemandu dan pengusaha Kenderaan Perkhidmatan Awam (KPA) dinasihatkan supaya mematuhi undang-undang yang berkuatkuasa dan memastikan kenderaan selamat digunakan di jalan raya demi keselamatan pengguna.