JPJ diarah siasat terperinci, ambil tindakan sewajarnya ke atas syarikat lori, bas - Loke

LocalPolitics
24 Dec 2024 • 5:00 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Kementerian Pengangkutan sudah mengarahkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk menjalankan siasatan terperinci bagi mengenal pasti punca sebenar nahas lima kenderaan yang mengorbankan tujuh nyawa di Melaka, malam tadi.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata. JPJ menerusi Bahagian Penguatkuasaan juga diarah mengambil tindakan susulan yang sewajarnya terhadap syarikat lori serta bas yang terbabit dalam kemalangan itu.

image is not available

"Siasatan awal pihak berkuasa mendapati, kemalangan yang mengakibatkan kehilangan tujuh nyawa itu berpunca daripada tayar sebuah lori yang tercabut, menyebabkan sebuah bas persiaran mengelak lalu terbabas dan merempuh tiga kenderaan dari arah bertentangan.

"Saya sudah mengarahkan Pengarah Bahagian Penguatkuasaan JPJ untuk segera menjalankan siasatan terperinci berhubung punca kemalangan itu dan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya terhadap syarikat lori serta bas yang terbabit," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Nahas di Kilometer 204 Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara, tidak jauh dari susur keluar Plaza Tol Simpang Ampat di Alor Gajah, kira-kira jam 8.40 malam tadi mengorbankan tujuh nyawa, manakala sekurang-kurangnya 33 cedera.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved