JPJ gantung sementara sijil kelulusan jenis kenderaan Chery Omoda 5

LocalCars
11 Oct 2026 • 3:19 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

Image from: JPJ gantung sementara sijil kelulusan jenis kenderaan Chery Omoda 5

PUTRAJAYA - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menggantung sementara Sijil Kelulusan Jenis Kenderaan (VTA) Chery Omoda 5, sekali gus menangguhkan pendaftaran baharu kenderaan itu sehingga siasatan teknikal selesai dan risiko keselamatan dapat dikenal pasti.

Ketua Pengarah JPJ Datuk Aedy Fadly Ramli berkata tindakan penggantungan sementara itu akan dilaksanakan secara bersasar terhadap model dan varian yang berpotensi terlibat.

“JPJ memandang serius insiden tular melibatkan sebuah Chery Omoda 5 di Johor Bahru pada minggu lepas sehingga menimbulkan kebimbangan orang ramai terhadap aspek keselamatan kenderaan itu.

“Jabatan ini ingin menegaskan tiada kompromi terhadap sebarang ketidakpatuhan yang boleh menjejaskan keselamatan pengguna jalan raya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Aedy Fadly berkata Chery Malaysia dikehendaki mengenal pasti semua unit kenderaan yang berpotensi terjejas berdasarkan nombor komponen, kelompok pengeluaran, nombor casis serta parameter teknikal berkaitan.

Beliau berkata pelaksanaan pemanggilan semula hendaklah dibuat terhadap semua kenderaan yang dikenal pasti berisiko bagi tujuan pemeriksaan dan tindakan pembetulan sewajarnya.

Selain itu, JPJ akan melaksanakan audit teknikal terhadap proses pengeluaran dan pemasangan Chery Omoda 5 dan pembekal komponen gandar berkaitan.

Ia merangkumi pematuhan amalan pengilangan yang baik, sistem kawalan kualiti, prosedur pemeriksaan sambungan kimpalan serta tahap keselamatan komponen yang digunakan.

“Pengeluar bertanggungjawab memastikan setiap kenderaan yang dipasarkan memenuhi piawaian keselamatan dan keperluan teknikal yang ditetapkan.

“Penggantungan ini hanya akan ditarik balik setelah semua tindakan pembetulan dan pencegahan dilaksanakan sepenuhnya serta mendapat pengesahan teknikal daripada JPJ bahawa segala risiko keselamatan telah ditangani sewajarnya,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial video dan gambar sebuah Chery Omoda 5 tercabut gandar belakang kenderaan itu ketika sedang bergerak di jalan raya. - 11 Oktober, 2026

The post JPJ gantung sementara sijil kelulusan jenis kenderaan Chery Omoda 5 appeared first on Scoop.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved