JPJ Kenal Pasti Punca Kesesakan Trafik Lebuhraya Pan Borneo Di Jakar, Ini Sebabnya

4 Jun 2024 • 12:04 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Rata-rata pengguna jalan raya mengeluh tersekat lebih dari 6 jam

JPJ Kenal Pasti Punca Kesesakan Trafik Lebuhraya Pan Borneo Di Jakar, Ini Sebabnya. Pertambahan jumlah kenderaan serta laluan yang hanya satu lorong dikenal pasti sebagai punca utama kesesakan teruk di laluan Lebuhraya Pan Borneo di Jakar, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Sarikei, P/Superitendan Polis Aswandy Anis, berkata keadaan menjadi lebih parah apabila laluan yang sepatutnya dua lorong hanya dibuka kepada satu lorong, terutama di kawasan pembinaan lebuh raya Pan Borneo.

image is not available
JPJ Kenal Pasti Punca Kesesakan Trafik Lebuhraya Pan Borneo Di Jakar, Ini Sebabnya. Sumber: Facebook

“Keadaan ini memaksa polis turun padang untuk melakukan pemantauan bagi membantu melancarkan aliran trafik di kawasan berkenaan,” katanya ketika dihubungi media hari ini.

Beliau menjelaskan bahawa operasi trafik telah dijalankan sejak semalam dan masih diteruskan sehingga kini. Jalan yang ditutup sebelum ini juga telah dibuka semula untuk melancarkan aliran trafik.

Sehubungan itu, Aswandy menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dan saling bertolak ansur bagi memastikan insiden yang sama tidak berulang.

Dalam kejadian pada Isnin, ratusan kenderaan terpaksa berbaris panjang berikutan gangguan aliran trafik di kawasan Pan Borneo Jakar, Sarikei. Kejadian yang melibatkan laluan sepanjang lebih 10 kilometer itu tular di laman sosial dan mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan orang ramai.

“Kita berharap pihak yang berkaitan mengambil tindakan susulan atau menyegerakan projek pembinaan laluan itu supaya kejadian sama tidak berulang pada masa akan datang,” kata seorang pengguna, Ghahfi.

Baca lagi artikel menarik: