JPJ Kutip Lebih RM100 Juta Saman Sebab Tawar Flat Rate RM150!

LocalBusiness & Finance
25 Aug 2025 • 11:00 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Percaya atau tidak, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengutip lebih RM100 juta hasil bayaran saman tertunggak melalui tawaran kompaun khas kadar rata RM150 yang dilaksanakan sejak Januari lalu.

Perkara itu disahan Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) JPJ, Datuk Jazmanie Shafawi. Menurutnya, kutipan itu melibatkan tiga kategori saman iaitu melalui kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AwAS), Notis Temu Siasat 114 dan Notis Saman Tampal JPJ(P)23 115.

image is not available

“Bagi saman AwAS, sebanyak 635,294 notis dikeluarkan dengan kutipan melebihi RM95.3 juta, manakala Notis 114 atau surat panggilan ke JPJ berjumlah 35,183 notis dengan nilai RM5.29 juta.

“Bagi Notis 115 atau saman pada kenderaan pula sebanyak 8,266 notis membabitkan nilai lebih RM1.23 juta,” katanya.