Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia hari ini telah memperkenalkan rekaan baharu untuk Lesen Memandu Malaysia. Rekaan baharu ini selain daripada ilustrasi dan grafiknya, turut hadir bersama ciri keselamatan yang dipertingkatkan.
Rekaan baharu ini menggunakan gambar latar belakang Bangunan Sultan Abdul Samad, selain motif abstrak gelombang pada bahagian hadapan. Di belakang pula, ia menggunakan grafik Istana Negara bersama motif abstrak flora.

JPJ turut mengatakan ia mempunyai daya tahan penggunaan selama 10 tahun. Walaubagaimanapun, versi fizikal untuk lesen memandu ini hanya terhad kepada mereka yang akan ke luar negara, dan bukan warganegara sahaja. Sebaliknya, pengguna akan diberikan versi digital. Peralihan ke versi baharu juga dijangka akan dilakukan secara berperingkat mengikut cawangan JPJ seluruh negara.



