JPJ Nak Ingatkan Tarikh Tamat Tempoh Lesen, Jadi Tiada Lagi Alasan Lupa Perbaharui Lesen!

LocalCars
20 Nov 2024 • 12:45 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Memandangkan ramai yang gemar mengatakan lupa untuk memperbaharui lesen setiap kali ditahan oleh polis, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kini merancang untuk mewujudkan fungsi notifikasi pemakluman tarikh tamat tempoh Lesen Kenderaan Motor (LKM).

Bagaimanapun, fungsi baharu masih dalam proses dan sejurus ia siap sepenuhnya, perkara itu akan dimaklumkan kepada rakyat Malaysia.

Difahamkan, langkah itu adalah sebahagian daripada penambahbaikan dalam agenda pendigitalan JPJ.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata fungsi baharu itu akan dimaklumkan kepada orang ramai apabila ia siap dibangunkan dan sedia untuk digunakan kelak.

image is not available

"Saya mengalu-alukan cadangan daripada Yang Berhormat (YB) Hulu Selangor untuk kita wujudkan fungsi notifikasi ini supaya orang ramai dapat memperbaharui LKM mereka,” katanya.

Menyentuh mengenai pendigitalan JPJ, mengakui pihaknya turut menerima rungutan kerana masih ada sebilangan orang ramai yang mahu menggunakan lesen dan cukai jalan fizikal.

Untuk itu, pihaknya akan mengumumkan satu insiatif kepada orang ramai yang ingin mencetak lesen dan cukai jalan mereka secara fizikal, pada awal tahun depan.

image is not available

"Masih ada rungutan orang ramai iaitu sebilangannya yang masih ingin melihat atau mencetak lesen mereka atau cukai jalan mereka. Jadi, dari segi itu memang kita akan menambahbaik awal tahun depan.

"Oleh itu, kita akan umumkan satu inisiatif kepada mana-mana pihak atau orang ramai yang ingin mencetak lesen mereka secara fizikal, mungkin mereka kena bayar untuk pencetakan berkenaan," katanya.