JPJ Negeri Sembilan tidak pernah keluarkan sijil pelelong kepada mana-mana individu

LocalPolitics
29 Nov 2024 • 6:53 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Hanif Yusabra Yusuf

SEREMBAN - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan tidak pernah mengeluarkan sijil pelelong kepada mana-mana individu bagi tujuan lelongan kenderaan.

Pengarahnya, Hanif Yusabra Yusuf berkata, pelupusan kenderaan sita yang dilakukan oleh JPJ adalah melalui kaedah lelongan awam dan tidak melibatkan mana-mana pihak ketiga.

Beliau berkata, bagi memastikan pelaksanaan lelongan awam dilakukan dengan telus dan adil, sesi lelongan itu turut dihadiri pegawai daripada Jabatan Audit Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai pemerhati.

"Ini untuk menjamin bahawa semua proses lelongan dijalankan mengikut prosedur yang ditetapkan dan tidak ada sebarang penipuan berlaku.

"Sehubungan itu JPJ Negeri Sembilan menasihatkan pihak yang terlibat dalam penipuan pembelian kenderaan lelong terutamanya melalui platform dalam talian tampil membuat laporan polis agar tindakan lanjut dapat diambil," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau turut mengingatkan orang ramai agar berwaspada dengan urusan pembelian kenderaan lelong, terutama melalui platform dalam talian dan sentiasa memastikan semua urusan hanya dilakukan melalui saluran rasmi JPJ untuk mengelakkan sebarang penipuan. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved